Aku telah melihatnya, aku telah mendengarnya
Tak perlu engkau kejutkan aku
Tidakkah kau mengerti hidupmu dalam teka-teki mencari kebenaran yang sedikit tapi payah
Jika kau mengejar yang lain
Merindui kilauan emas tapi alpa dengan yang mencipta
Demi masa, manusia sentiasa dalam rugi melainkan mereka yang tahu
Engkau sering bermusuhan hanya tentang kebenaran sedang engkau masih keliru
Bagaimanapun jua engkau mesti berjalan walau harus tersesat dan luka
Dan berpindahlah engkau insan dalam putaran hidup ini hingga saatnya kau bertemu
Dalam satu pertemuan yang sejahtera
"Hanya mimpi" kata mereka yang rugi "hanya mimpi"
Mereka tak mahu mengerti dan tak peduli
Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Ku harap kau memahami keadaanku dan mungkin kau ingin bersamaku
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu
Semakin mendalam
Hanya aku yang tahu perasaan hati nurani
Mungkin kau kan bertanya "siapakah dirimu?, apakah destinasimu?"
Apakah ada yang lain dari peganganmu yang ada, atau mungkin perjalananmu tamat di sini dan tiada lagi
"Hanya mimpi" kata mereka yang rugi "hanya mimpi"
Mereka tak mahu percaya dan tak mengerti
Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Ku harap kau memahami keadaanku dan mungkin kau ingin bersama
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu